Sunday 30 December 2012

Diandra Adelle - Bab 3


Sebulan yang lalu……..

“Tears City?”. Diandra sudah mengerutkan dahi.

“Yes”.

“ Tapi, perlu ke?”.Diandra sudah tak puas hati.

“Absolutely yes. Sayang, you will love the city. Believe me”. Puan Ardine masih memujuk.

“Tapi Ma, takkan nak tinggalkan Relv macam tu je. Dulu masa mama bukak cawangan yang lain tak perlu pindah pun”. Diandra makin tak puas hati bila memikirkan dia akan meninggalkan tempat yang di huninya selama 22 tahun. Relv City adalah bandar termoden dan canggih serta mempunyai bilangan penduduk yang padat. Semuanya ada di sini. Kenapa perlu pindah pulak. Dah la tak pernah dengar pun Tears City ni.

“ Andra, this is my final decision. Lagipun, tempat tu amatlah menarik dan sangat cantik. Even though mama baru pergi tengok sekali, tapi tempat tu memang amazing.  Andra pasti kagum melihat Tears Fountain. Lagipun tempat ni penuh dengan mitos dan lagenda. Dan ada kepercayaan air dari Tears  Fountain ni mampu mengubati penyakit yang tipis kemungkinan untuk sembuh.

“Tears Fountain ?”.

“Yupp. Air pancutan yang wujud sejak jutaan tahun yang terdahulu. Kalau ikut cerita orang kat situ, setiap 30 Disember, Tears Fountain akan menjadi tumpuan ramai  sebab pada malam tu sahaja, air pancutan tu akan lain sedikit warna dia, bersinar-sinar macam permata. Macam ada glitter gitu. Like a magis. Memang cantik”. Puan Ardine tiba-tiba bercerita untuk menarik perhatian anaknya.

“Ye ke? Entah-entah diorang edit tak mama”. Diandra masih ragu-ragu walaupun separuh hatinya macam nak setuju je ikut Mamanya berpindah.

“ Banyak la kamu punya edit. Tak lah. Memang semula jadi. Para saintis pun pelik. Kamu nak ikut tak ni?. Tak salah kan kita beralih angin ke tempat yang kaya dengan semula jadi”.

 “ Ye la, ye la. Andra ikut”. Kesian pulak melihat Mamanya yang bersungguh-sungguh memujuk tu. Ikutkan je lah.

“I know you’ll agree. Nah baca pamphlet ni. Ni je yang sempat mama sambar masa pergi hari tu”. Lantas Puan Ardine menyerahkan pamphlet yang menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Tears City. Biarlah anaknya tahu mengenai tempat yang bakal mereka huni nanti.

“Andra..hey…”. Panggilan Erine mengembalikan Diandra ke alam nyata. Rupanya dari tadi dia mengelamun mengingatkan cerita Tears Fountain.

“Ehh..sorry. Terberangan pulak. Apa ek yang awak cakap tadi?”. Diandra dah serba-salah.

“haha”. Erine dah tergelak. Punya la dia bercerita rupanya satu pun tak di dengar oleh Diandra. Patutlah masa dia tanya tadi Diandra langsung tidak memberikan respon.

“Macam ni. Mesti Andra dah tahu fasal Tears Fountain kan? Dah pergi tengok dengan dekat”. Terus Erine bertanya.

“Belum lagi. Sejak datang ni, sibuk sikit kemas rumah. Tapi as I know, Tears City ni dapat nama dari Tears Fountain kan.  Tapi saya tak tahu la pulak setiap blok yang di bangunkan di sini membentuk tears. Amazing la dia punya arkitek. Hari tu masa saya baca, tak ada tulis la pulak fasal benda ni”. Diandra mula bercerita.

“Semua orang yang datang sini sebab Tears Fountain je. Nampak je depan mata, confirm tak tanya benda lain dah. Sebab tu saya pelik bila awak perasan macam ada bentuk yang mewakili setiap blok di sini. Kalau awak nak tahu Tears Fountain ni pun ada rahsia yang tersendiri tau.

“Rahsia apa?”. Mata Diandra dah bersinar. Dia memang suka korek rahsia. Excited pulak dia.
Erine yang baru hendak bersuara terus terhenti. Deringan dari telefon bimbit Diandra mencuri tumpuannya. Tersenyum dia apabila Diandra dah mengeluh semacam.

“Ya, Ma. Nanti Diandra datang. Nak balik dah ke?. Oh, nak ajak makan. Sekali ngan  pak cik Mikael?. Tak nak la Ma. Tak pe, Ma pergi dulu. Andra pun tengah makan ni. Nanti la jumpa Ma. Nanti Andra call lain ea. Bye”. Terus telefon di simpan. Matanya pula terus menghala ke arah Erine.

“Eh, tak pe ke Erine dok bersembang dengan saya ni”.

“Its okay la. Lagipun tak ramai orang pun. Seronok bersembang dengan Andra ni. Hihi”. Tersenyum Erine apabila melihat Diandra yang macam kembang semacam je dengan pujiannya itu.

“Eh, sambung la balik fasal rahsia Tears Fountain tu”. Diandra dah tak sabar-sabar.

“Boleh. Tapi tadi awak nak ke Antique Hut kan. I think kat sana you akan lebih berpuas hati tentang penerangan tu”. Jawapan Erine membuatkan Diandra mengerutkan dahi. Tak nak cerita la pulak. Tapi, ala. Macam mana boleh lupa pulak ni nak pergi tempat tu.

“Lupa la. Kalau macam tu saya nak pergi dulu la. Kena bayar kat kaunter tu ea?

“untuk kali ini, saya belanja dulu. Nanti datang la lagi, tapi time saya tu charge la.haha.”

“oh ya ke. Thanks’. Pergi dulu”. Bingkas Diandra bangun, sambil itu sempat lagi dia menyisip Apple Juice buat kali terakhir. Dia ingin segera menuju ke Antique Hut.

Kedai yang ingin di tuju sudah di depan mata. Patutlah dia tidak perasan apa nama kedai tu, punyalah kecil signboardnya. Sebesar kertas A4. Apalah tauke kedai ni, kedekut. Dalam sibuk membebel sendirian, pintu tiba-tiba terbuka. Terkejut dia. Kelihatan seorang lelaki pertengahan usia memandangnya sambil mengerutkan dahi. Dia membuat isyarat menyuruh Diandra masuk. Sepertinya, dia memang sedang menunggu Diandra. Laju sahaja Diandra melangkah masuk. Sambil matanya melilau sekeliling melihat isi kedai itu. Antik sungguh. Antara banyak kedai yang ada di sini, kedai inilah yang paling menarik perhatiannya. Suasana yang suram dan kelam bagaikan ada aura misteri di situ. Lagilah dia suka.

“kenapa ?”. lelaki pertengahan usia bertanya. Diandra pulak teruslah berkerut dahinya.

“what do you mean, kenapa? I don’t get it.” kali ini Diandara pulak bertanya.

“Erine yang suruh kamu ke mari?”. Belum menjawab soalan, kini soalan lain pulak yang di tanya.

“Erine? Tak lah. Memang saya nak ke sini pun. Uncle kenal Erine?”. Entah kenapa dia bertanya soalan tu, dah nama satu pekan pun, mesti la kenal,tanya lagi. Jawab jelah pak cik. Diandra mengutuk diri.

“Selalu yang datang sini, katanya Erine yang cadangkan. Mana la tahu kamu ni kawan Erine. Anak saudara saya tu memang macam tu. Dia ingat kedai ni tak laku agaknya.” Panjang pulak pak cik tu membebel.
“Oh, saya Hendry”. Kini lelaki pertengahan usia itu memperkenalkan diri.

“Hai Uncle, saya Diandra. Tak sangka pulak Erine tu anak saudara Uncle”. Ujar Diandra ramah. Sambil itu dia membelek-belek pasu antik di atas meja. Sangatlah antiknya sampai boleh nampak rekahan yang di mamah usia. Entah berapa ratus tahun la usia pasu ni.

“kamu, ada saudara mara di sini?”. Tiba Uncle Hendry bertanya.

“Kenapa tanya macam tu, lagi pun saya baru kat sini, baru pindah dengan mama. Butik dekat blok paling hujung tu mama punya”. Ringkas Diandra menerangkan.

“Bukannya apa. Uncle macam pernah nampak iras wajah kamu ni. Sekejap”. Uncle Hendry terus menghilangkan diri ke belakang sebelum kembali dengan sebuah buku. Di belek-belek buku itu. Sampailah jari terhenti pada satu muka surat. Di pandang wajah Diandra sekejap, kemudian beralih ke buku itu pula. Berulang kali dia melakukan perkara yang sama. Selepas itu baru dia terangguk-angguk.

“Cuba kamu lihat ni”. Di beri buku itu kepada Diandra.

“Siapa ni? Kenapa muka dia macam nak sama je dengan saya?.” Laju Diandra bertanya apabila mengenal pasti muka yang berada di dalam buku itu persis dirinya walaupun ia hanya lakaran.

“Puteri Adelle”. Hanya jawapan itu yang diberikan oleh Uncle Hendry.

“Ok. Tapi Puteri Adelle ni siapa? Kenapa dia ada dalam buku ni”. Pelik juga dia. Tak sangka ada juga orang yang seiras dengan dia. Di belek muka depan buku itu. Fate.

“Saya nak buku ni. Berapa harganya?” terus di bertanya kepada Uncle Hendry. Entah kenapa, selepas dia melihat tajuk buku itu, serasa dia ingin memilikinya. Betul-betul mahu.

“Ambil je lah. Saya bagi free. Tapi jangan tanya saya siapa Puteri Adelle ni. Baca sendiri dalam buku tu”. Tadi Erine belanja dia makan, kini Uncle Hendry pulak kata tak payah bayar. Memang orang-orang kat sini pemurah la. I loike.

“Kalau macam tu, saya balik dulu la. Nanti mama cari pulak. Have a nice day Uncle”. Sambil membuka pintu, Diandra melambai-melambai Uncle Hendry. Gembira dia hari ini, asyik dapat benda free je. Nampaknya dia dah mula sukakan Tears City. Walaupun dia masih belum tahu mengenai cerita sebenar di sebalik  kewujudan Fountain Tears. Walaupun masih tertanya-tanya siapa Puteri Adelle tapi tak kisah la. Dia dah dapat buku tu. Macam menarik. Tu yang dia excited lebih.

Tuesday 18 December 2012

Diandra Adelle - Bab 2


Sepanjang berada di dalam kereta, webcam tidak sesekali lekang dari tangan Diandra. Puas dia mengambil shot terbaik, sama ada dari depan, kiri, kanan mahupun belakang. Dia ingin merakam setiap momen indah di tempat baru yang telah di diaminya kini. Dalam keterlekaannya memerhati setiap deretan kedai, matanya terpanah pada satu kedai yang mempunyai reka bentuk aneh, klasik dan unik. Lantas di kalihkan webcam. Matanya terus memerhati sehingga kelibat kedai itu jauh dari pandangan. Idea is coming. Pasti dia akan berkunjung ke kedai itu nanti. Di angguk-angguk kepalanya.

 Lamunan Diandra terus terhenti apabila Puan Ardine memberhentikan kereta di hadapan kedai yang mana kini telah menjadi butik mereka. Kelihatan Signboard Ardine’s Collection. Signboard yang berbentuk awan larat, dengan sayap seperti sayap pari-pari  di bahagian kiri dan kanan awan. Reka bentuk menarik itu adalah idea dari Puan Ardine sendiri. Dia ingin membuat setiap pelanggannya merasakan setiap koleksi baju yang di jual di situ adalah seperti hadiah dari pari-pari yang di datangkan khas dari syurga. Sebab itulah dia memastikan kualiti setiap rekaannya yang sendiri itu bermutu tinggi. Walaupun bermutu tinggi, sesiapa sahaja masih boleh memilikinya, tidak kira golongan apa pun.

“Mama, dah siap ke renovationnya?”. Diandra terus bertanya. Malas pula dia ingin membantu ibunya itu. Dia ingin bersiar-siar sebentar. Maklumlah, sejak seminggu yang lalu dia dan ibunya sibuk mengemas rumah baru mereka. Tidak ada kesempatan untuk dia merayau-rayau. Kawan baru pun tidak ada lagi.

“Kenapa Andra tanya ni? Tak nak tolong mama ke?”. Tebak Puan Ardine sudah dapat menghidu apa yang ingin di lakukan Diandra.

“Mama ni,bukan la Andra tak nak tolong. Tapi sekejap je boleh tak. Andra nak jalan-jalan la. Lagipun pekerja mama tu dah ramai la kat dalam.” Pandai pulak Diandra memberi  alasan.

“ Kejap, mama nak masuk dalam, tengok apa-apa yang patut. Kalau macam dah nak siap tu, Andra tak payah la nak tolong. Tapi, Andra sebenarnya nak merayau kat mana ni?”. Sambil bertanya Puan Ardine melangkah perlahan menuju ke butiknya. Di tinjau- tinjau keadaan sekeliling untuk memastikan tiada cacat-cela pada butiknya itu. Dia memang seseorang yang mementingkan kesempurnaan. Sambil melangkah masuk, sekali lagi dia bertanya kepada Diandra.

“Andra  nak ke mana sebenarnya ni?. Dah ada favorite spot ke?”.

“macam mana mama tahu ni? “

“alah, macam la mama tak tahu. Kamu tu tahu nak bersiar-siar bila ada benda yang menarik perhatian je kan. Kalau tak, takde la kena paksa dengan mama datang butik ni”.

“hihi. Mama ni. Tak pe la. Andra tolong sikit-sikit. Nanti lepas sejam dua, Andra di diberi pelepasan kan?".

“suka hati kamu la”. Terus Puan Ardine berlalu untuk berjumpa pengurusnya, En. Mikael. Segala-galanya telah di uruskan oleh En. Mikael setelah Puan Ardine memberi sepenuh tanggungjawab untuk dalam bahagian operasi. Manakala untuk bahagian pengurusan diuruskan oleh Puan Ardine sendiri. Sibuk mereka berbincang itu dan ini.

Dekorasi butik mamanya di perhati lama. Ada sedikit kelainan di situ. Mungkin mamanya cuba menerapkan ciri-ciri dekorasi berdasarkan tempat yang mereka diami sekarang. Penuh dengan unsur klasik, budaya dan sedikit retro. Jika dibandingkan dengan cawangan yang lain, konsep cawangan yang lainnya lebih moden dan terkini malah lebih mempunyai ciri-ciri futuristik. Semuanya untuk di padankan dengan gaya kota metropolitan.  Mungkin mamanya ingin mencuba sesuatu yang baru dengan menerapkan ciri-ciri tempat itu sendiri kepada butik. Dan dengan sebab itulah juga mamanya harus memberi sepenuh perhatian pada butik baru ini. Dan hasilnya mereka berpindah ke tempat yang aneh, berseni, klasik dan penuh misteri ini. Itulah pandangan diandra tatkala meneroka seluruh pelosok butik Ardine’s Collection itu. Bukan dia hendak menolong apa yang patut. Tapi meneroka isi butik keseluruhannya like a boss.

Apabila mamanya semakin khusyuk berbincang. Terus Diandra angkat kaki dari situ secara sembunyi-sembunyi. Alah, lagipun dia  tahu mamanya bukannya serius untuk  memintanya tolong pun. Mamanya pasti ingin bawa dia keluar dari rumah. Biar kena cahaya matahari sedikit. Almaklumlah, dia ni memang pemalas nak melangkah kaki keluar dari rumah. Nak buat macam mana, dah kat kaki tak ada tahi lalat, tu yang dia malas nak berjalan tu.

Tercungap-cungap dia kepenatan. Walaupun sekarang ini dia sedang berjalan kaki je pun, bukan berjoging mahupun berlari. Terasa jauh pulak kedai yang ingin dia tuju itu. Itulah hasilnya bila tak pernah nak exercise, bila berjalan sedikit je dah kepenatan macam naik tangga sepuluh tingkat gamaknya. Oleh sebab kepenatan dan kehausan, Diandra  berhenti berjalan seketika. Di pandang ke belakang. Masih boleh nampak butik mamanya itu walaupun sekarang ini sekarang dia berada di blok lain. Apabila di amati baru dia perasan kedudukan setiap blok ini membentuk  sesuatu corak.  Tapi apa ya. Akan lebih jelas apabila berada di udara fikirnya. Semasa di dalam kereta tadi dia tidak perasan pun.

“Hello”. Tiba-tiba ada yang menyapa Diandra. Mungkin mereka menyangka dia adalah pelancong yang tersesat sebab dari tadi dia asyik memerhati keaadaan sekeliling tapi tak bergerak-gerak pun. Punya la lama berehat, konon penat sangat.

“ Eh, hai.” Terus Diandra meneliti gadis yang berada yang di hadapannya kini. Berseluar denim dan t-shirt DKNY serta bertocang dua.

“ Awak ni tourist ke? Awak sesat?. Soalan berbaur prihatin mula di utarakan.

“Bukan, bukan. Saya baru pindah ke sini. Rest kejap sebab penat jalan. Nak pergi satu kedai ni”. Ramah Diandra menjawab. Nampaknya dia bakal dapat kawan baru.

“Oh, baru kat sini ke?. Nama apa? Saya Erine”.

“Diandra”.

“ Lama awak berdiri depan kedai saya ni. Saya tunggu jugak. Ingatkan nak masuk tapi tak masuk-masuk. Tu yang saya tegur tu”. Ramah Erine bercerita.

“Ini kedai awak?”. Baru dia perasan. Dia berhenti betul-betul berhadapan sebuah kedai. Diamati nama kedai tersebut. Erm, kedai kek dan roti. Patut la dia bau wangi je dari tadi. Tiba-tiba dia terasa lapar pula.

“ Awak tak nak masuk dulu ke?”Erine mempelawa dia masuk.

“Nak jugak la. Tiba –tiba terasa lapar”. Terus Diandra masuk ke Lovin’ you Bakery sambil diiringi tuan punya kedai, Erine.

Sepanjang melangkah kaki masuk ke dalam Lovin’ you Bakery. Diandra bagaikan terpesona dengan susur atur kedai itu. Nampak begitu unik dan pasti membangkitkan selera. Terus diamati setiap deretan kek yang berada di dalam cermin. Sedapnya.

 “Awak duduk dulu, nak pergi ambil menu book”. Pantas Erine berlalu.

Sementara Diandra tidak terus duduk. Dia terus berjalan ke tempat khas yang mempunyai cermin sejuk beku. Banyak jenis kek yang di pamerkan. Terasa rambang mata pula hendak memilihnya. Kakinya pula melangkah ke sudut yang lebih terpencil sedikit. Berdekatan dengan tingkap. Banyak pilihan roti di situ. Warna dan bentuknya juga membangkitkan selera. Erine yang memerhati terus tersenyum.

“Diandra, come. You boleh pilih menu kat sini. Kalau nak chose from there pun boleh. Cuma kat menu book ni choice dia lebih banyak”. Panjang lebar Erine menerangkan.

“Oh. Ye ke. Tak sabar nak rasa la.hihi”. Pantas dia duduk di meja yang berdekatan dengan tingkap. Boleh la dia melihat orang lalang sambil makan. Orang di dalam kedai pun tak berapa ramai. Suasana cukup tenang, masing-masing leka menghadap makanan.

Setelah membuat pesanan. Diandra leka melihat ke luar tingkap sampailah kek berserta roti yang di pesannya tadi sampai. Blueberry cheese cake 2 potong bersama roti bong dan apple juice. Sangat membuka selera walaupun tadi dia dah sarapan kat rumah.

“Diandra sebenarnya nak ke kedai mana tadi”. Rupanya Erine masih di situ untuk menemani pelanggan barunya itu.

“oh, saya nak ke kedai yang warna coklat, yang nampak semacam ada aura misteri tu and by the way just call me Andra. Lebih mesra kan”. Sambil mengunyah dia sempat bercerita.

“Did you mean, Antique Hut?”. Pantas Erine bertanya.

“ ye la kot. Tak perasan pulak nama apa tadi. Tadi nak jalan macam jauh pulak rasa. Tapi kan, saya rasa setiap blok yang di bina ni macam membentuk sesuatu la. Unik. I loike. Haha”.

“Andra perasan?”. Soal Erine pulak.

“ye la. Mahunya tak perasan. Saya ni kalau berjalan, memang semua saya pandang tau. Tambah – tambah kalau dah berhenti. Memang saya akan scan setiap sudut,kenapa?”.

“ Nothing, tapi jarang la orang bertanya fasal bentuk yang mewakili setiap blok kat sini. Most of tourist yang datang sini sebenarnya nak tengok Tears Fountain dan juga hasil seni and budaya yang di jual kat blok lagi satu. Memang  banyak benda menarik kat situ. Blok sini pulak semuanya jualan berasaskan makanan”. Panjang pulak penerangan Erine padahal Diandra hanya bertanya fasal bentuk yang mewakili setiap blok sahaja.

“ So, setiap blok ni mewakili apa?”. Laju dia bertanya, tak suka unsur-unsur  suspen ni.

“ Titisan air mata, kalau di perhatikan dari udara pasti lebih jelas”. Ringkas Erine menjawab.

“Titisan air mata?  you mean…

“Yes”. Erine terus tersenyum. Suka dia bersembang dengan Diandra. Cepat menangkap apa yang hendak di 
sampaikan.

Monday 17 December 2012

Diandra Adelle- Bab 1


Bab 1
Cahaya suam-suam suku membuatkan dirinya malas untuk membuka mata. Terasa segar dan mendamaikan apabila tidur dalam keadaan begitu. Namun kedamaian yang dirasakan beransur –ansur hilang apabila cahaya suam-suam suku tadi berganti dengan cahaya yang terik dan membahang. Apahal pulak ni. Lantas dia menggosok-gosok mata dan terus membuka matanya. Geram kerana tidak dapat meneruskan lenanya yang panjang, baru sahaja tadi dia bermimpi sedang menunggang kuda sambil ditemani putera idaman.
Apabila membuka mata, matanya terus terpandang langsir putih yang menabiri katil yang mempunyai empat tiang di sekelilingnya. Bingkas dia bangun apabila terfikir itu bukan katil yang selalu dia tidur. Dah la warna putih dari bantal, cadar sampai ke selimut. Rasanya semalam dia masih ingat dia tidur di atas katil yang bertilamkan cadar Hello Kitty kegemarannya. Mana pulak pergi Hello Kitty, kenapa cadar ni warna putih pulak?

“Aku kat  mana ni?” sambil menggaru-garu kepala sampai serabut rambutnya yang sememangnya tengah kusut masai. Baru dia perasan kelainan di situ.

“Aik, takkan yang tu pokok kot?”. Jikalau  tadi dia hanya menggosok mata ala kadar, kini dia menggosok mata sekuat hati. Betul-betul ingin memastikan keberadaannya kini.

“Oh my….”. Terus mulutnya melopong.

Dengan rasa tidak percaya, terus dia bangun dari katil yang serba putih itu. Terasa kakinya memijak rumput yang mana embunnya kian kering dek panahan matahari. Terus dia memandang pokok-pokok yang berada di sekelilingnya. Macam mana pulak dia boleh tersesat kat hutan ni. Pokok-pokok yang menghijau dan jarang-jarang daunnya itu dipandang lama. Rasa macam tak logik la pulak. Macam mana dia boleh tersesat dekat hutan rimba dengan katil sekali pulak tu. Mimpi ke ni. Di garu-garu dahinya beberapa kali.

Confiussssss!!!!!!”. Jeritnya sekuat hati. Sambil menggaru kepala sebab dah tak tahu nak buat apa. Blank sekejap. Ala-ala mamai gitu. Tak terfikir pulak dia hendak mencubit atau menampar diri sendiri, kebiasaan yang orang selalu buat untuk memastikan berada di alam realiti atau tidak.

“ Tak payah nak confius sangat.” Tiba-tiba kedengaran  suara di sebelah telinga kirinya. Terkejut bukan kepalang dia sampai terlompat kijang. Mati-mati dia ingat dia seorang sahaja yang berada di hutan belantara ni.

“Eii, nenek kebayan ke ni?. Itu pulak yang dilatahnya lantaran terkejut melihat rupa paras nenek kebayan itu yang sangatlah uzurnya.

“Banyak la kau punya nenek kebayan. Get up now!!!!”.

“Aik, kenapa dengan nenek kebayan ni? Speaking la pulak”. Perlahan dia bercakap, takut nenek kebayan tu terasa, orang tua la katakan. Kena jaga hati.

“Bangun la mangkuk”. Kedengaran lagi suara nenek kebayan kali ini ditambah dengan satu hentakan kuat di badannya. Terasa dia melambung ke udara sebelum jatuh terhempap di atas lantai. Aduh, peritnya.

“ Bangun pun kau ea? Cepat la. Nanti lambat pulak sampai ke butik”.
Diandra yang terasa sakit pada bahagian kepalanya terus terbangun. Terus matanya yang kuyu-kuyu manja itu memandang katilnya. Cadar Hello Kitty. Kini, matanya memandang pula sekeliling bilik. Tadi rasanya dia ada dekat hutan rimba. Bila masa dia balik rumah pulak. Ditepuk-tepuk pipi berulang kali. Alahai, aku mimpi rupanya tadi. Adeh. Dengan nenek kebayan bagai.

Kelibat diandra yang baru turun untuk bersarapan di renung lama. Apalah nak jadi dengan anak tunggalnya itu. Nak kata dah habis belajar, dah lama pun dia sertai majlis konvokesyen anaknya itu. Tapi sampai sekarang anaknya masih belum bekerja tetap. Masih mahu buat apa yang di sukai. Tidak mahu serius dalam hidup betul. Bila fikir balik memang menyakitkan hati nuraninya itu tapi diandralah satu-satunya puteri dalam hidupnya. Biarlah dia berseronok dengan hidupnya dulu.

“Mari sarapan. Sini. Nanti ikut mama tinjau butik baru kita tu. Banyak dah yang diorang renovate. Nanti minggu depan dah boleh nak rasmi. Jangan asyik nak memerap je dalam bilik, mengadap lappy, tak abis-abis dengan blog misteri kamu tu. Cuba kamu tolong mama ni, kan bagus”. Panjang Puan ardine berleter pada anak daranya yang seorang itu. Susah betul kalau nak mengejutkan anaknya dari tidur. Macam-macam yang dia kena buat.

“Mama, andra bukan buat bodoh je kat bilik tu. Tapi andra blogger yang terkenal tau. Tak kan ma tak tahu yang  dengan berberlogging ni pun satu pekerjaan. Lagipun ma, follower andra nak tahu fasal tempat yang kita baru pindah ni. Andra dah cakap kat diorang yang tempat ni penuh dengan misteri la Ma. Sebab tu andra sibuk melayan pertanyaan diorang Ma”. Diandra mula berhujah. Alah, cakap la apa pun kalau dah kaki internet tu, macam-macam la alasannya. Anak-anak zaman sekarang ni memang macam tu.

“Ye la tu, ada saja kan alasan kamu tu. Memang mama kalah la kalau berdebat dengan kamu ni”.Tergeleng-geleng kepala Puan ardine dengan gelagat anaknya tu. Benarlah, dialah racun, dialah penawar dalam hidup Puan ardine, diandra si kaki blogger. Tapi apa yang di katakan anaknya itu agak betul. Memang tempat yang baru dipilihnya ini, rasa lain macam sedikit. Tetapi nak buat macam mana nilai hartanah di sini agak berpatutan, sebab itulah tempat ini menjadi pilihan.

Biarpun deretan kedai – kedai di kawasan pekan agak pelik di sebabkan reka bentuk dan suasana persekitarannya, tetapi inilah yang menjadi daya tarikan pelancong. Dan yang pastinya butik miliknya yang bakal beroperasi di sini pasti akan mendapat tempiasnya. Kunjungan pelancong yang tak henti-henti.  Moga-moga cawangan butiknya yang ke sepuluh ini pun akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.  Kesembilan cawangan butiknya berada di kota metropolitan, sebab itulah dia memilih kawasan yang semacam kaya dengan alam semula jadi, dan juga budaya yang tersendiri. Nak beralih angin kata orang. Dan disebabkan itu jugalah dia dan anaknya itu berpindah terus di sini, untuk memberi sepenuh perhatian pada butik yang bakal beroperasi.

“Mama,mama…where are you? Dah sampai kutub utara ke?” Panggil diandara tiba-tiba. Punya la dia ralit bercerita mengenai  blognya itu kepada mamanya, tetapi tidak mendapat respon. Apahal pulak mama aku ni.

“What? “Puan ardine dah terpinga-pinga, terkejut barangkali kerana di sergah oleh anaknya.

“See. Mama tak dengar pun andra cerita kan. Mama dok mengelamun pulak. Kenapa mama? Dah ada rasa aura misteri ke kat banglo ni ke mama. Andra rasa kan…”

“Sudahlah andra. Jangan nak mengarut. Jom kita pergi butik sekarang."Terus Puan ardine memintas percakapan anaknya itu sambil berlalu keluar dari rumah. Dan diandra terus mengekor mamanya dengan muka tak puas hati. Sambil itu dia tertoleh-toleh ke belakang mengintai setiap pelosok isi banglo itu. Kebiasaan yang dia akan buat sejak seminggu yang lalu, dalam erti kata lain sejak berpindah ke situ, iaitu merenung setiap inci banglo yang didiaminya, mana la tahu, kot -kot ternampak sesuatu yang aneh atau misteri, boleh la bergosip kat blog nanti.