Wednesday 29 July 2020

Diandra Adelle - Bab 4

Buku sederhana Tebal itu dipandang berulang Kali. Direnung renung untuk sekelian kalinya.. Fate - secret behind your smile. Dia cuba memahami maksud tajuk buku.. Lakaran wajah pada buku itu dipandang.. Memang puteri Adelle ada iras wajahnya sedikit.. Cuma puteri ini tidak mempunyai wajah yang ceria.. Muka straight face yang dimiliki menenggelamkan kemanisan wajah.kalau dia senyum for sure comel macam aku.. Itu pulak yang difikir diandra.. 

Helaian demi helaian diselak. Ianya seperti jurnal dengan tulisan beralun yang agak classic.. Interesting.. Diandra tidak berminat lagi untuk mengetahui isi kandungan jurnal itu. Diselak secara rawak dan terhenti di tengah muka surat.. Kelihatan satu sampul disitu. Terus di ambil kerana terasa ada seperti ada benda didalammya.seuntai rantai kristal berbentuk Air mata.. Terfikir Diandra seketika. Mungkin simbol Tears City ni memang wujud dari dulu.dicuba rantai berbentuk air mata itu. Terus digayakan depan cermin,  dan tidak semena mena satu silauan cahaya terpantul diantara rantai dengan cermin berhadapan diandra. Silauan yang begitu terang memeritkan mata lantas diandra merasa pening dan rebah disitu juga.

"Andra,  jom turun makan". Laungan puan ardine sambil membuka pintu anak perempuannya memecah suasana.. Terkejut dia melihat Diandra terbaring di sudut cermin berhampiran katil.

" Andra,  what's wrong?.puan ardine panic sambil mengoncang tubuh Diandra.

Sementara itu,  di Antique Huts,  Hendry yang sedang termenung terangguk angguk.. Sudah tiba masanya ia berlaku. Desis hatinya.

3 hari kemudian,

Diandra masih terbujur diatas katil bercadar putih itu. Dia sepertinya mengalami mimpi yang panjang. Tidak mahu diganggu. Puan ardine masih setia menunggu anaknya. Anaknya seperti tidak mahu bangun.