Buku sederhana Tebal itu dipandang berulang Kali. Direnung renung untuk sekelian kalinya.. Fate - secret behind your smile. Dia cuba memahami maksud tajuk buku.. Lakaran wajah pada buku itu dipandang.. Memang puteri Adelle ada iras wajahnya sedikit.. Cuma puteri ini tidak mempunyai wajah yang ceria.. Muka straight face yang dimiliki menenggelamkan kemanisan wajah.kalau dia senyum for sure comel macam aku.. Itu pulak yang difikir diandra..
Helaian demi helaian diselak. Ianya seperti jurnal dengan tulisan beralun yang agak classic.. Interesting.. Diandra tidak berminat lagi untuk mengetahui isi kandungan jurnal itu. Diselak secara rawak dan terhenti di tengah muka surat.. Kelihatan satu sampul disitu. Terus di ambil kerana terasa ada seperti ada benda didalammya.seuntai rantai kristal berbentuk Air mata.. Terfikir Diandra seketika. Mungkin simbol Tears City ni memang wujud dari dulu.dicuba rantai berbentuk air mata itu. Terus digayakan depan cermin, dan tidak semena mena satu silauan cahaya terpantul diantara rantai dengan cermin berhadapan diandra. Silauan yang begitu terang memeritkan mata lantas diandra merasa pening dan rebah disitu juga.
"Andra, jom turun makan". Laungan puan ardine sambil membuka pintu anak perempuannya memecah suasana.. Terkejut dia melihat Diandra terbaring di sudut cermin berhampiran katil.
" Andra, what's wrong?.puan ardine panic sambil mengoncang tubuh Diandra.
Sementara itu, di Antique Huts, Hendry yang sedang termenung terangguk angguk.. Sudah tiba masanya ia berlaku. Desis hatinya.
3 hari kemudian,
Diandra masih terbujur diatas katil bercadar putih itu. Dia sepertinya mengalami mimpi yang panjang. Tidak mahu diganggu. Puan ardine masih setia menunggu anaknya. Anaknya seperti tidak mahu bangun.
Wednesday 29 July 2020
Sunday 30 December 2012
Diandra Adelle - Bab 3
Sebulan yang lalu……..
“Tears City?”. Diandra sudah mengerutkan dahi.
“Yes”.
“ Tapi, perlu ke?”.Diandra sudah tak puas hati.
“Absolutely yes. Sayang, you will love the city.
Believe me”. Puan Ardine masih memujuk.
“Tapi Ma, takkan nak tinggalkan Relv macam tu je. Dulu
masa mama bukak cawangan yang lain tak perlu pindah pun”. Diandra makin tak
puas hati bila memikirkan dia akan meninggalkan tempat yang di huninya selama
22 tahun. Relv City adalah bandar termoden dan canggih serta mempunyai bilangan
penduduk yang padat. Semuanya ada di sini. Kenapa perlu pindah pulak. Dah la
tak pernah dengar pun Tears City ni.
“ Andra, this is my final decision. Lagipun, tempat tu
amatlah menarik dan sangat cantik. Even though mama baru pergi tengok sekali,
tapi tempat tu memang amazing. Andra
pasti kagum melihat Tears Fountain. Lagipun tempat ni penuh dengan mitos dan
lagenda. Dan ada kepercayaan air dari Tears
Fountain ni mampu mengubati penyakit yang tipis kemungkinan untuk
sembuh.
“Tears Fountain ?”.
“Yupp. Air pancutan yang wujud sejak jutaan tahun yang
terdahulu. Kalau ikut cerita orang kat situ, setiap 30 Disember, Tears Fountain
akan menjadi tumpuan ramai sebab pada
malam tu sahaja, air pancutan tu akan lain sedikit warna dia, bersinar-sinar
macam permata. Macam ada glitter gitu. Like a magis. Memang cantik”. Puan
Ardine tiba-tiba bercerita untuk menarik perhatian anaknya.
“Ye ke? Entah-entah diorang edit tak mama”. Diandra
masih ragu-ragu walaupun separuh hatinya macam nak setuju je ikut Mamanya
berpindah.
“ Banyak la kamu punya edit. Tak lah. Memang semula jadi.
Para saintis pun pelik. Kamu nak ikut tak ni?. Tak salah kan kita beralih angin
ke tempat yang kaya dengan semula jadi”.
“ Ye la, ye la.
Andra ikut”. Kesian pulak melihat Mamanya yang bersungguh-sungguh memujuk tu.
Ikutkan je lah.
“I know you’ll agree. Nah baca pamphlet ni. Ni je yang
sempat mama sambar masa pergi hari tu”. Lantas Puan Ardine menyerahkan pamphlet
yang menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Tears City. Biarlah anaknya tahu
mengenai tempat yang bakal mereka huni nanti.
“Andra..hey…”. Panggilan Erine mengembalikan Diandra
ke alam nyata. Rupanya dari tadi dia mengelamun mengingatkan cerita Tears
Fountain.
“Ehh..sorry. Terberangan pulak. Apa ek yang awak cakap
tadi?”. Diandra dah serba-salah.
“haha”. Erine dah tergelak. Punya la dia bercerita
rupanya satu pun tak di dengar oleh Diandra. Patutlah masa dia tanya tadi
Diandra langsung tidak memberikan respon.
“Macam ni. Mesti Andra dah tahu fasal Tears Fountain
kan? Dah pergi tengok dengan dekat”. Terus Erine bertanya.
“Belum lagi. Sejak datang ni, sibuk sikit kemas rumah.
Tapi as I know, Tears City ni dapat nama dari Tears Fountain kan. Tapi saya tak tahu la pulak setiap blok yang
di bangunkan di sini membentuk tears. Amazing la dia punya arkitek. Hari tu
masa saya baca, tak ada tulis la pulak fasal benda ni”. Diandra mula bercerita.
“Semua orang yang datang sini sebab Tears Fountain je.
Nampak je depan mata, confirm tak tanya benda lain dah. Sebab tu saya pelik
bila awak perasan macam ada bentuk yang mewakili setiap blok di sini. Kalau
awak nak tahu Tears Fountain ni pun ada rahsia yang tersendiri tau.
“Rahsia apa?”. Mata Diandra dah bersinar. Dia memang
suka korek rahsia. Excited pulak dia.
Erine yang baru hendak bersuara terus terhenti.
Deringan dari telefon bimbit Diandra mencuri tumpuannya. Tersenyum dia apabila
Diandra dah mengeluh semacam.
“Ya, Ma. Nanti Diandra datang. Nak balik dah ke?. Oh,
nak ajak makan. Sekali ngan pak cik
Mikael?. Tak nak la Ma. Tak pe, Ma pergi dulu. Andra pun tengah makan ni. Nanti
la jumpa Ma. Nanti Andra call lain ea. Bye”. Terus telefon di simpan. Matanya
pula terus menghala ke arah Erine.
“Eh, tak pe ke Erine dok bersembang dengan saya ni”.
“Its okay la. Lagipun tak ramai orang pun. Seronok
bersembang dengan Andra ni. Hihi”. Tersenyum Erine apabila melihat Diandra yang
macam kembang semacam je dengan pujiannya itu.
“Eh, sambung la balik fasal rahsia Tears Fountain tu”.
Diandra dah tak sabar-sabar.
“Boleh. Tapi tadi awak nak ke Antique Hut kan. I think
kat sana you akan lebih berpuas hati tentang penerangan tu”. Jawapan Erine
membuatkan Diandra mengerutkan dahi. Tak nak cerita la pulak. Tapi, ala. Macam
mana boleh lupa pulak ni nak pergi tempat tu.
“Lupa la. Kalau macam tu saya nak pergi dulu la. Kena
bayar kat kaunter tu ea?
“untuk kali ini, saya belanja dulu. Nanti datang la
lagi, tapi time saya tu charge la.haha.”
“oh ya ke. Thanks’. Pergi dulu”. Bingkas Diandra
bangun, sambil itu sempat lagi dia menyisip Apple Juice buat kali terakhir. Dia
ingin segera menuju ke Antique Hut.
Kedai yang ingin di tuju sudah di depan mata. Patutlah
dia tidak perasan apa nama kedai tu, punyalah kecil signboardnya. Sebesar
kertas A4. Apalah tauke kedai ni, kedekut. Dalam sibuk membebel sendirian,
pintu tiba-tiba terbuka. Terkejut dia. Kelihatan seorang lelaki pertengahan
usia memandangnya sambil mengerutkan dahi. Dia membuat isyarat menyuruh Diandra
masuk. Sepertinya, dia memang sedang menunggu Diandra. Laju sahaja Diandra
melangkah masuk. Sambil matanya melilau sekeliling melihat isi kedai itu. Antik
sungguh. Antara banyak kedai yang ada di sini, kedai inilah yang paling menarik
perhatiannya. Suasana yang suram dan kelam bagaikan ada aura misteri di situ.
Lagilah dia suka.
“kenapa ?”. lelaki pertengahan usia bertanya. Diandra
pulak teruslah berkerut dahinya.
“what do you mean, kenapa? I don’t get it.”
kali ini Diandara pulak bertanya.
“Erine yang suruh kamu ke mari?”. Belum menjawab
soalan, kini soalan lain pulak yang di tanya.
“Erine? Tak lah. Memang saya nak ke sini pun. Uncle
kenal Erine?”. Entah kenapa dia bertanya soalan tu, dah nama satu pekan pun,
mesti la kenal,tanya lagi. Jawab jelah pak cik. Diandra mengutuk diri.
“Selalu yang datang sini, katanya Erine yang
cadangkan. Mana la tahu kamu ni kawan Erine. Anak saudara saya tu memang macam
tu. Dia ingat kedai ni tak laku agaknya.” Panjang pulak pak cik tu membebel.
“Oh, saya Hendry”. Kini lelaki pertengahan usia itu
memperkenalkan diri.
“Hai Uncle, saya Diandra. Tak sangka pulak Erine tu
anak saudara Uncle”. Ujar Diandra ramah. Sambil itu dia membelek-belek pasu
antik di atas meja. Sangatlah antiknya sampai boleh nampak rekahan yang di
mamah usia. Entah berapa ratus tahun la usia pasu ni.
“kamu, ada saudara mara di sini?”. Tiba Uncle Hendry
bertanya.
“Kenapa tanya macam tu, lagi pun saya baru kat sini,
baru pindah dengan mama. Butik dekat blok paling hujung tu mama punya”. Ringkas
Diandra menerangkan.
“Bukannya apa. Uncle macam pernah nampak iras wajah
kamu ni. Sekejap”. Uncle Hendry terus menghilangkan diri ke belakang sebelum
kembali dengan sebuah buku. Di belek-belek buku itu. Sampailah jari terhenti
pada satu muka surat. Di pandang wajah Diandra sekejap, kemudian beralih ke
buku itu pula. Berulang kali dia melakukan perkara yang sama. Selepas itu baru
dia terangguk-angguk.
“Cuba kamu lihat ni”. Di beri buku itu kepada Diandra.
“Siapa ni? Kenapa muka dia macam nak sama je dengan
saya?.” Laju Diandra bertanya apabila mengenal pasti muka yang berada di dalam
buku itu persis dirinya walaupun ia hanya lakaran.
“Puteri Adelle”. Hanya jawapan itu yang diberikan oleh
Uncle Hendry.
“Ok. Tapi Puteri Adelle ni siapa? Kenapa dia ada dalam
buku ni”. Pelik juga dia. Tak sangka ada juga orang yang seiras dengan dia. Di
belek muka depan buku itu. Fate.
“Saya nak buku ni. Berapa harganya?” terus di bertanya
kepada Uncle Hendry. Entah kenapa, selepas dia melihat tajuk buku itu, serasa
dia ingin memilikinya. Betul-betul mahu.
“Ambil je lah. Saya bagi free. Tapi jangan tanya saya
siapa Puteri Adelle ni. Baca sendiri dalam buku tu”. Tadi Erine belanja dia
makan, kini Uncle Hendry pulak kata tak payah bayar. Memang orang-orang kat
sini pemurah la. I loike.
“Kalau macam tu, saya balik dulu la. Nanti mama cari
pulak. Have a nice day Uncle”. Sambil membuka pintu, Diandra melambai-melambai
Uncle Hendry. Gembira dia hari ini, asyik dapat benda free je. Nampaknya dia
dah mula sukakan Tears City. Walaupun dia masih belum tahu mengenai cerita
sebenar di sebalik kewujudan Fountain
Tears. Walaupun masih tertanya-tanya siapa Puteri Adelle tapi tak kisah la. Dia
dah dapat buku tu. Macam menarik. Tu yang dia excited lebih.
Tuesday 18 December 2012
Diandra Adelle - Bab 2
Sepanjang berada di dalam kereta, webcam tidak
sesekali lekang dari tangan Diandra. Puas dia mengambil shot terbaik, sama ada
dari depan, kiri, kanan mahupun belakang. Dia ingin merakam setiap momen indah
di tempat baru yang telah di diaminya kini. Dalam keterlekaannya memerhati
setiap deretan kedai, matanya terpanah pada satu kedai yang mempunyai reka
bentuk aneh, klasik dan unik. Lantas di kalihkan webcam. Matanya terus
memerhati sehingga kelibat kedai itu jauh dari pandangan. Idea is coming.
Pasti dia akan berkunjung ke kedai itu nanti. Di angguk-angguk kepalanya.
Lamunan Diandra
terus terhenti apabila Puan Ardine memberhentikan kereta di hadapan kedai yang
mana kini telah menjadi butik mereka. Kelihatan Signboard Ardine’s Collection.
Signboard yang berbentuk awan larat, dengan sayap seperti sayap pari-pari di bahagian kiri dan kanan awan. Reka bentuk
menarik itu adalah idea dari Puan Ardine sendiri. Dia ingin membuat setiap
pelanggannya merasakan setiap koleksi baju yang di jual di situ adalah seperti
hadiah dari pari-pari yang di datangkan khas dari syurga. Sebab itulah dia
memastikan kualiti setiap rekaannya yang sendiri itu bermutu tinggi. Walaupun
bermutu tinggi, sesiapa sahaja masih boleh memilikinya, tidak kira golongan apa
pun.
“Mama, dah siap ke renovationnya?”. Diandra terus
bertanya. Malas pula dia ingin membantu ibunya itu. Dia ingin bersiar-siar
sebentar. Maklumlah, sejak seminggu yang lalu dia dan ibunya sibuk mengemas
rumah baru mereka. Tidak ada kesempatan untuk dia merayau-rayau. Kawan baru pun
tidak ada lagi.
“Kenapa Andra tanya ni? Tak nak tolong mama ke?”.
Tebak Puan Ardine sudah dapat menghidu apa yang ingin di lakukan Diandra.
“Mama ni,bukan la Andra tak nak tolong. Tapi sekejap
je boleh tak. Andra nak jalan-jalan la. Lagipun pekerja mama tu dah ramai la
kat dalam.” Pandai pulak Diandra memberi
alasan.
“ Kejap, mama nak masuk dalam, tengok apa-apa yang
patut. Kalau macam dah nak siap tu, Andra tak payah la nak tolong. Tapi, Andra
sebenarnya nak merayau kat mana ni?”. Sambil bertanya Puan Ardine melangkah
perlahan menuju ke butiknya. Di tinjau- tinjau keadaan sekeliling untuk
memastikan tiada cacat-cela pada butiknya itu. Dia memang seseorang yang
mementingkan kesempurnaan. Sambil melangkah masuk, sekali lagi dia bertanya
kepada Diandra.
“Andra nak ke
mana sebenarnya ni?. Dah ada favorite spot ke?”.
“macam mana mama tahu ni? “
“alah, macam la mama tak tahu. Kamu tu tahu nak
bersiar-siar bila ada benda yang menarik perhatian je kan. Kalau tak, takde la
kena paksa dengan mama datang butik ni”.
“hihi. Mama ni. Tak pe la. Andra tolong sikit-sikit.
Nanti lepas sejam dua, Andra di diberi pelepasan kan?".
“suka hati kamu la”. Terus Puan Ardine berlalu untuk
berjumpa pengurusnya, En. Mikael. Segala-galanya telah di uruskan oleh En.
Mikael setelah Puan Ardine memberi sepenuh tanggungjawab untuk dalam bahagian
operasi. Manakala untuk bahagian pengurusan diuruskan oleh Puan Ardine sendiri.
Sibuk mereka berbincang itu dan ini.
Dekorasi butik mamanya di perhati lama. Ada sedikit
kelainan di situ. Mungkin mamanya cuba menerapkan ciri-ciri dekorasi
berdasarkan tempat yang mereka diami sekarang. Penuh dengan unsur klasik,
budaya dan sedikit retro. Jika dibandingkan dengan cawangan yang lain, konsep
cawangan yang lainnya lebih moden dan terkini malah lebih mempunyai ciri-ciri
futuristik. Semuanya untuk di padankan dengan gaya kota metropolitan. Mungkin mamanya ingin mencuba sesuatu yang
baru dengan menerapkan ciri-ciri tempat itu sendiri kepada butik. Dan dengan
sebab itulah juga mamanya harus memberi sepenuh perhatian pada butik baru ini.
Dan hasilnya mereka berpindah ke tempat yang aneh, berseni, klasik dan penuh
misteri ini. Itulah pandangan diandra tatkala meneroka seluruh pelosok butik
Ardine’s Collection itu. Bukan dia hendak menolong apa yang patut. Tapi
meneroka isi butik keseluruhannya like a boss.
Apabila mamanya semakin khusyuk berbincang. Terus
Diandra angkat kaki dari situ secara sembunyi-sembunyi. Alah, lagipun dia tahu mamanya bukannya serius untuk memintanya tolong pun. Mamanya pasti ingin
bawa dia keluar dari rumah. Biar kena cahaya matahari sedikit. Almaklumlah, dia
ni memang pemalas nak melangkah kaki keluar dari rumah. Nak buat macam mana,
dah kat kaki tak ada tahi lalat, tu yang dia malas nak berjalan tu.
Tercungap-cungap dia kepenatan. Walaupun sekarang ini
dia sedang berjalan kaki je pun, bukan berjoging mahupun berlari. Terasa jauh
pulak kedai yang ingin dia tuju itu. Itulah hasilnya bila tak pernah nak
exercise, bila berjalan sedikit je dah kepenatan macam naik tangga sepuluh
tingkat gamaknya. Oleh sebab kepenatan dan kehausan, Diandra berhenti berjalan seketika. Di pandang ke
belakang. Masih boleh nampak butik mamanya itu walaupun sekarang ini sekarang
dia berada di blok lain. Apabila di amati baru dia perasan kedudukan setiap
blok ini membentuk sesuatu corak. Tapi apa ya. Akan lebih jelas apabila berada
di udara fikirnya. Semasa di dalam kereta tadi dia tidak perasan pun.
“Hello”. Tiba-tiba ada yang menyapa Diandra. Mungkin
mereka menyangka dia adalah pelancong yang tersesat sebab dari tadi dia asyik
memerhati keaadaan sekeliling tapi tak bergerak-gerak pun. Punya la lama
berehat, konon penat sangat.
“ Eh, hai.” Terus Diandra meneliti gadis yang berada
yang di hadapannya kini. Berseluar denim dan t-shirt DKNY serta bertocang dua.
“ Awak ni tourist ke? Awak sesat?. Soalan berbaur
prihatin mula di utarakan.
“Bukan, bukan. Saya baru pindah ke sini. Rest kejap
sebab penat jalan. Nak pergi satu kedai ni”. Ramah Diandra menjawab. Nampaknya
dia bakal dapat kawan baru.
“Oh, baru kat sini ke?. Nama apa? Saya Erine”.
“Diandra”.
“ Lama awak berdiri depan kedai saya ni. Saya tunggu
jugak. Ingatkan nak masuk tapi tak masuk-masuk. Tu yang saya tegur tu”. Ramah
Erine bercerita.
“Ini kedai awak?”. Baru dia perasan. Dia berhenti
betul-betul berhadapan sebuah kedai. Diamati nama kedai tersebut. Erm, kedai
kek dan roti. Patut la dia bau wangi je dari tadi. Tiba-tiba dia terasa lapar
pula.
“ Awak tak nak masuk dulu ke?”Erine mempelawa dia
masuk.
“Nak jugak la. Tiba –tiba terasa lapar”. Terus Diandra
masuk ke Lovin’ you Bakery sambil diiringi tuan punya kedai, Erine.
Sepanjang melangkah kaki masuk ke dalam Lovin’ you
Bakery. Diandra bagaikan terpesona dengan susur atur kedai itu. Nampak begitu
unik dan pasti membangkitkan selera. Terus diamati setiap deretan kek yang
berada di dalam cermin. Sedapnya.
“Awak duduk
dulu, nak pergi ambil menu book”. Pantas Erine berlalu.
Sementara Diandra tidak terus duduk. Dia terus
berjalan ke tempat khas yang mempunyai cermin sejuk beku. Banyak jenis kek yang
di pamerkan. Terasa rambang mata pula hendak memilihnya. Kakinya pula melangkah
ke sudut yang lebih terpencil sedikit. Berdekatan dengan tingkap. Banyak
pilihan roti di situ. Warna dan bentuknya juga membangkitkan selera. Erine yang
memerhati terus tersenyum.
“Diandra, come. You boleh pilih menu kat sini. Kalau
nak chose from there pun boleh. Cuma kat menu book ni choice dia lebih
banyak”. Panjang lebar Erine menerangkan.
“Oh. Ye ke. Tak sabar nak rasa la.hihi”. Pantas dia
duduk di meja yang berdekatan dengan tingkap. Boleh la dia melihat orang lalang
sambil makan. Orang di dalam kedai pun tak berapa ramai. Suasana cukup tenang,
masing-masing leka menghadap makanan.
Setelah membuat pesanan. Diandra leka melihat ke luar
tingkap sampailah kek berserta roti yang di pesannya tadi sampai. Blueberry
cheese cake 2 potong bersama roti bong dan apple juice. Sangat membuka selera
walaupun tadi dia dah sarapan kat rumah.
“Diandra sebenarnya nak ke kedai mana tadi”. Rupanya
Erine masih di situ untuk menemani pelanggan barunya itu.
“oh, saya nak ke kedai yang warna coklat, yang nampak
semacam ada aura misteri tu and by the way just call me Andra. Lebih mesra kan”.
Sambil mengunyah dia sempat bercerita.
“Did you mean, Antique Hut?”. Pantas Erine bertanya.
“ ye la kot. Tak perasan pulak nama apa tadi. Tadi nak
jalan macam jauh pulak rasa. Tapi kan, saya rasa setiap blok yang di bina ni
macam membentuk sesuatu la. Unik. I loike. Haha”.
“Andra perasan?”. Soal Erine pulak.
“ye la. Mahunya tak perasan. Saya ni kalau berjalan,
memang semua saya pandang tau. Tambah – tambah kalau dah berhenti. Memang saya
akan scan setiap sudut,kenapa?”.
“ Nothing, tapi jarang la orang bertanya fasal bentuk
yang mewakili setiap blok kat sini. Most of tourist yang datang sini sebenarnya
nak tengok Tears Fountain dan juga hasil seni and budaya yang di jual kat blok
lagi satu. Memang banyak benda menarik
kat situ. Blok sini pulak semuanya jualan berasaskan makanan”. Panjang pulak
penerangan Erine padahal Diandra hanya bertanya fasal bentuk yang mewakili
setiap blok sahaja.
“ So, setiap blok ni mewakili apa?”. Laju dia
bertanya, tak suka unsur-unsur suspen
ni.
“ Titisan air mata, kalau di perhatikan dari udara
pasti lebih jelas”. Ringkas Erine menjawab.
“Titisan air mata?
you mean…
“Yes”. Erine terus tersenyum. Suka dia bersembang
dengan Diandra. Cepat menangkap apa yang hendak di
sampaikan.
Monday 17 December 2012
Diandra Adelle- Bab 1
Bab 1
Cahaya suam-suam suku membuatkan dirinya malas untuk
membuka mata. Terasa segar dan mendamaikan apabila tidur dalam keadaan begitu.
Namun kedamaian yang dirasakan beransur –ansur hilang apabila cahaya suam-suam
suku tadi berganti dengan cahaya yang terik dan membahang. Apahal pulak ni.
Lantas dia menggosok-gosok mata dan terus membuka matanya. Geram kerana tidak
dapat meneruskan lenanya yang panjang, baru sahaja tadi dia bermimpi sedang
menunggang kuda sambil ditemani putera idaman.
Apabila membuka mata, matanya terus terpandang langsir
putih yang menabiri katil yang mempunyai empat tiang di sekelilingnya. Bingkas
dia bangun apabila terfikir itu bukan katil yang selalu dia tidur. Dah la warna
putih dari bantal, cadar sampai ke selimut. Rasanya semalam dia masih ingat dia
tidur di atas katil yang bertilamkan cadar Hello Kitty kegemarannya. Mana pulak
pergi Hello Kitty, kenapa cadar ni warna putih pulak?
“Aku kat mana
ni?” sambil menggaru-garu kepala sampai serabut rambutnya yang sememangnya
tengah kusut masai. Baru dia perasan kelainan di situ.
“Aik, takkan yang tu pokok kot?”. Jikalau tadi dia hanya menggosok mata ala kadar, kini
dia menggosok mata sekuat hati. Betul-betul ingin memastikan keberadaannya
kini.
“Oh my….”. Terus mulutnya melopong.
Dengan rasa tidak percaya, terus dia bangun dari katil
yang serba putih itu. Terasa kakinya memijak rumput yang mana embunnya kian
kering dek panahan matahari. Terus dia memandang pokok-pokok yang berada di
sekelilingnya. Macam mana pulak dia boleh tersesat kat hutan ni. Pokok-pokok
yang menghijau dan jarang-jarang daunnya itu dipandang lama. Rasa macam tak
logik la pulak. Macam mana dia boleh tersesat dekat hutan rimba dengan katil
sekali pulak tu. Mimpi ke ni. Di garu-garu dahinya beberapa kali.
“Confiussssss!!!!!!”. Jeritnya sekuat hati.
Sambil menggaru kepala sebab dah tak tahu nak buat apa. Blank sekejap. Ala-ala
mamai gitu. Tak terfikir pulak dia hendak mencubit atau menampar diri sendiri,
kebiasaan yang orang selalu buat untuk memastikan berada di alam realiti atau
tidak.
“ Tak payah nak confius sangat.” Tiba-tiba
kedengaran suara di sebelah telinga
kirinya. Terkejut bukan kepalang dia sampai terlompat kijang. Mati-mati dia
ingat dia seorang sahaja yang berada di hutan belantara ni.
“Eii, nenek kebayan ke ni?. Itu pulak yang dilatahnya
lantaran terkejut melihat rupa paras nenek kebayan itu yang sangatlah uzurnya.
“Banyak la kau punya nenek kebayan. Get up now!!!!”.
“Aik, kenapa dengan nenek kebayan ni? Speaking
la pulak”. Perlahan dia bercakap, takut nenek kebayan tu terasa, orang tua la
katakan. Kena jaga hati.
“Bangun la mangkuk”. Kedengaran lagi suara nenek
kebayan kali ini ditambah dengan satu hentakan kuat di badannya. Terasa dia
melambung ke udara sebelum jatuh terhempap di atas lantai. Aduh, peritnya.
“ Bangun pun kau ea? Cepat la. Nanti lambat pulak sampai
ke butik”.
Diandra yang terasa sakit pada bahagian kepalanya
terus terbangun. Terus matanya yang kuyu-kuyu manja itu memandang katilnya.
Cadar Hello Kitty. Kini, matanya memandang pula sekeliling bilik. Tadi rasanya
dia ada dekat hutan rimba. Bila masa dia balik rumah pulak. Ditepuk-tepuk pipi
berulang kali. Alahai, aku mimpi rupanya tadi. Adeh. Dengan nenek kebayan
bagai.
Kelibat diandra yang baru turun untuk bersarapan di
renung lama. Apalah nak jadi dengan anak tunggalnya itu. Nak kata dah habis
belajar, dah lama pun dia sertai majlis konvokesyen anaknya itu. Tapi sampai
sekarang anaknya masih belum bekerja tetap. Masih mahu buat apa yang di sukai.
Tidak mahu serius dalam hidup betul. Bila fikir balik memang menyakitkan hati
nuraninya itu tapi diandralah satu-satunya puteri dalam hidupnya. Biarlah dia
berseronok dengan hidupnya dulu.
“Mari sarapan. Sini. Nanti ikut mama tinjau butik baru
kita tu. Banyak dah yang diorang renovate. Nanti minggu depan dah boleh nak
rasmi. Jangan asyik nak memerap je dalam bilik, mengadap lappy, tak abis-abis
dengan blog misteri kamu tu. Cuba kamu tolong mama ni, kan bagus”. Panjang Puan
ardine berleter pada anak daranya yang seorang itu. Susah betul kalau nak
mengejutkan anaknya dari tidur. Macam-macam yang dia kena buat.
“Mama, andra bukan buat bodoh je kat bilik tu. Tapi
andra blogger yang terkenal tau. Tak kan ma tak tahu yang dengan berberlogging ni pun satu pekerjaan.
Lagipun ma, follower andra nak tahu fasal tempat yang kita baru pindah ni.
Andra dah cakap kat diorang yang tempat ni penuh dengan misteri la Ma. Sebab tu
andra sibuk melayan pertanyaan diorang Ma”. Diandra mula berhujah. Alah, cakap
la apa pun kalau dah kaki internet tu, macam-macam la alasannya. Anak-anak
zaman sekarang ni memang macam tu.
“Ye la tu, ada saja kan alasan kamu tu. Memang mama
kalah la kalau berdebat dengan kamu ni”.Tergeleng-geleng kepala Puan ardine
dengan gelagat anaknya tu. Benarlah, dialah racun, dialah penawar dalam hidup Puan
ardine, diandra si kaki blogger. Tapi apa yang di katakan anaknya itu agak
betul. Memang tempat yang baru dipilihnya ini, rasa lain macam sedikit. Tetapi
nak buat macam mana nilai hartanah di sini agak berpatutan, sebab itulah tempat
ini menjadi pilihan.
Biarpun deretan kedai – kedai di kawasan pekan agak
pelik di sebabkan reka bentuk dan suasana persekitarannya, tetapi inilah yang
menjadi daya tarikan pelancong. Dan yang pastinya butik miliknya yang bakal
beroperasi di sini pasti akan mendapat tempiasnya. Kunjungan pelancong yang tak
henti-henti. Moga-moga cawangan butiknya
yang ke sepuluh ini pun akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Kesembilan cawangan butiknya berada di kota
metropolitan, sebab itulah dia memilih kawasan yang semacam kaya dengan alam
semula jadi, dan juga budaya yang tersendiri. Nak beralih angin kata orang. Dan
disebabkan itu jugalah dia dan anaknya itu berpindah terus di sini, untuk memberi
sepenuh perhatian pada butik yang bakal beroperasi.
“Mama,mama…where are you? Dah sampai kutub utara ke?”
Panggil diandara tiba-tiba. Punya la dia ralit bercerita mengenai blognya itu kepada mamanya, tetapi tidak
mendapat respon. Apahal pulak mama aku ni.
“What? “Puan ardine dah terpinga-pinga, terkejut
barangkali kerana di sergah oleh anaknya.
“See. Mama tak dengar pun andra cerita kan. Mama dok
mengelamun pulak. Kenapa mama? Dah ada rasa aura misteri ke kat banglo ni ke
mama. Andra rasa kan…”
“Sudahlah andra. Jangan nak mengarut. Jom kita pergi
butik sekarang."Terus Puan ardine memintas percakapan anaknya itu sambil berlalu
keluar dari rumah. Dan diandra terus mengekor mamanya dengan muka tak puas
hati. Sambil itu dia tertoleh-toleh ke belakang mengintai setiap pelosok isi
banglo itu. Kebiasaan yang dia akan buat sejak seminggu yang lalu, dalam erti
kata lain sejak berpindah ke situ, iaitu merenung setiap inci banglo yang
didiaminya, mana la tahu, kot -kot ternampak sesuatu yang aneh atau misteri,
boleh la bergosip kat blog nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)