Tuesday 18 December 2012

Diandra Adelle - Bab 2


Sepanjang berada di dalam kereta, webcam tidak sesekali lekang dari tangan Diandra. Puas dia mengambil shot terbaik, sama ada dari depan, kiri, kanan mahupun belakang. Dia ingin merakam setiap momen indah di tempat baru yang telah di diaminya kini. Dalam keterlekaannya memerhati setiap deretan kedai, matanya terpanah pada satu kedai yang mempunyai reka bentuk aneh, klasik dan unik. Lantas di kalihkan webcam. Matanya terus memerhati sehingga kelibat kedai itu jauh dari pandangan. Idea is coming. Pasti dia akan berkunjung ke kedai itu nanti. Di angguk-angguk kepalanya.

 Lamunan Diandra terus terhenti apabila Puan Ardine memberhentikan kereta di hadapan kedai yang mana kini telah menjadi butik mereka. Kelihatan Signboard Ardine’s Collection. Signboard yang berbentuk awan larat, dengan sayap seperti sayap pari-pari  di bahagian kiri dan kanan awan. Reka bentuk menarik itu adalah idea dari Puan Ardine sendiri. Dia ingin membuat setiap pelanggannya merasakan setiap koleksi baju yang di jual di situ adalah seperti hadiah dari pari-pari yang di datangkan khas dari syurga. Sebab itulah dia memastikan kualiti setiap rekaannya yang sendiri itu bermutu tinggi. Walaupun bermutu tinggi, sesiapa sahaja masih boleh memilikinya, tidak kira golongan apa pun.

“Mama, dah siap ke renovationnya?”. Diandra terus bertanya. Malas pula dia ingin membantu ibunya itu. Dia ingin bersiar-siar sebentar. Maklumlah, sejak seminggu yang lalu dia dan ibunya sibuk mengemas rumah baru mereka. Tidak ada kesempatan untuk dia merayau-rayau. Kawan baru pun tidak ada lagi.

“Kenapa Andra tanya ni? Tak nak tolong mama ke?”. Tebak Puan Ardine sudah dapat menghidu apa yang ingin di lakukan Diandra.

“Mama ni,bukan la Andra tak nak tolong. Tapi sekejap je boleh tak. Andra nak jalan-jalan la. Lagipun pekerja mama tu dah ramai la kat dalam.” Pandai pulak Diandra memberi  alasan.

“ Kejap, mama nak masuk dalam, tengok apa-apa yang patut. Kalau macam dah nak siap tu, Andra tak payah la nak tolong. Tapi, Andra sebenarnya nak merayau kat mana ni?”. Sambil bertanya Puan Ardine melangkah perlahan menuju ke butiknya. Di tinjau- tinjau keadaan sekeliling untuk memastikan tiada cacat-cela pada butiknya itu. Dia memang seseorang yang mementingkan kesempurnaan. Sambil melangkah masuk, sekali lagi dia bertanya kepada Diandra.

“Andra  nak ke mana sebenarnya ni?. Dah ada favorite spot ke?”.

“macam mana mama tahu ni? “

“alah, macam la mama tak tahu. Kamu tu tahu nak bersiar-siar bila ada benda yang menarik perhatian je kan. Kalau tak, takde la kena paksa dengan mama datang butik ni”.

“hihi. Mama ni. Tak pe la. Andra tolong sikit-sikit. Nanti lepas sejam dua, Andra di diberi pelepasan kan?".

“suka hati kamu la”. Terus Puan Ardine berlalu untuk berjumpa pengurusnya, En. Mikael. Segala-galanya telah di uruskan oleh En. Mikael setelah Puan Ardine memberi sepenuh tanggungjawab untuk dalam bahagian operasi. Manakala untuk bahagian pengurusan diuruskan oleh Puan Ardine sendiri. Sibuk mereka berbincang itu dan ini.

Dekorasi butik mamanya di perhati lama. Ada sedikit kelainan di situ. Mungkin mamanya cuba menerapkan ciri-ciri dekorasi berdasarkan tempat yang mereka diami sekarang. Penuh dengan unsur klasik, budaya dan sedikit retro. Jika dibandingkan dengan cawangan yang lain, konsep cawangan yang lainnya lebih moden dan terkini malah lebih mempunyai ciri-ciri futuristik. Semuanya untuk di padankan dengan gaya kota metropolitan.  Mungkin mamanya ingin mencuba sesuatu yang baru dengan menerapkan ciri-ciri tempat itu sendiri kepada butik. Dan dengan sebab itulah juga mamanya harus memberi sepenuh perhatian pada butik baru ini. Dan hasilnya mereka berpindah ke tempat yang aneh, berseni, klasik dan penuh misteri ini. Itulah pandangan diandra tatkala meneroka seluruh pelosok butik Ardine’s Collection itu. Bukan dia hendak menolong apa yang patut. Tapi meneroka isi butik keseluruhannya like a boss.

Apabila mamanya semakin khusyuk berbincang. Terus Diandra angkat kaki dari situ secara sembunyi-sembunyi. Alah, lagipun dia  tahu mamanya bukannya serius untuk  memintanya tolong pun. Mamanya pasti ingin bawa dia keluar dari rumah. Biar kena cahaya matahari sedikit. Almaklumlah, dia ni memang pemalas nak melangkah kaki keluar dari rumah. Nak buat macam mana, dah kat kaki tak ada tahi lalat, tu yang dia malas nak berjalan tu.

Tercungap-cungap dia kepenatan. Walaupun sekarang ini dia sedang berjalan kaki je pun, bukan berjoging mahupun berlari. Terasa jauh pulak kedai yang ingin dia tuju itu. Itulah hasilnya bila tak pernah nak exercise, bila berjalan sedikit je dah kepenatan macam naik tangga sepuluh tingkat gamaknya. Oleh sebab kepenatan dan kehausan, Diandra  berhenti berjalan seketika. Di pandang ke belakang. Masih boleh nampak butik mamanya itu walaupun sekarang ini sekarang dia berada di blok lain. Apabila di amati baru dia perasan kedudukan setiap blok ini membentuk  sesuatu corak.  Tapi apa ya. Akan lebih jelas apabila berada di udara fikirnya. Semasa di dalam kereta tadi dia tidak perasan pun.

“Hello”. Tiba-tiba ada yang menyapa Diandra. Mungkin mereka menyangka dia adalah pelancong yang tersesat sebab dari tadi dia asyik memerhati keaadaan sekeliling tapi tak bergerak-gerak pun. Punya la lama berehat, konon penat sangat.

“ Eh, hai.” Terus Diandra meneliti gadis yang berada yang di hadapannya kini. Berseluar denim dan t-shirt DKNY serta bertocang dua.

“ Awak ni tourist ke? Awak sesat?. Soalan berbaur prihatin mula di utarakan.

“Bukan, bukan. Saya baru pindah ke sini. Rest kejap sebab penat jalan. Nak pergi satu kedai ni”. Ramah Diandra menjawab. Nampaknya dia bakal dapat kawan baru.

“Oh, baru kat sini ke?. Nama apa? Saya Erine”.

“Diandra”.

“ Lama awak berdiri depan kedai saya ni. Saya tunggu jugak. Ingatkan nak masuk tapi tak masuk-masuk. Tu yang saya tegur tu”. Ramah Erine bercerita.

“Ini kedai awak?”. Baru dia perasan. Dia berhenti betul-betul berhadapan sebuah kedai. Diamati nama kedai tersebut. Erm, kedai kek dan roti. Patut la dia bau wangi je dari tadi. Tiba-tiba dia terasa lapar pula.

“ Awak tak nak masuk dulu ke?”Erine mempelawa dia masuk.

“Nak jugak la. Tiba –tiba terasa lapar”. Terus Diandra masuk ke Lovin’ you Bakery sambil diiringi tuan punya kedai, Erine.

Sepanjang melangkah kaki masuk ke dalam Lovin’ you Bakery. Diandra bagaikan terpesona dengan susur atur kedai itu. Nampak begitu unik dan pasti membangkitkan selera. Terus diamati setiap deretan kek yang berada di dalam cermin. Sedapnya.

 “Awak duduk dulu, nak pergi ambil menu book”. Pantas Erine berlalu.

Sementara Diandra tidak terus duduk. Dia terus berjalan ke tempat khas yang mempunyai cermin sejuk beku. Banyak jenis kek yang di pamerkan. Terasa rambang mata pula hendak memilihnya. Kakinya pula melangkah ke sudut yang lebih terpencil sedikit. Berdekatan dengan tingkap. Banyak pilihan roti di situ. Warna dan bentuknya juga membangkitkan selera. Erine yang memerhati terus tersenyum.

“Diandra, come. You boleh pilih menu kat sini. Kalau nak chose from there pun boleh. Cuma kat menu book ni choice dia lebih banyak”. Panjang lebar Erine menerangkan.

“Oh. Ye ke. Tak sabar nak rasa la.hihi”. Pantas dia duduk di meja yang berdekatan dengan tingkap. Boleh la dia melihat orang lalang sambil makan. Orang di dalam kedai pun tak berapa ramai. Suasana cukup tenang, masing-masing leka menghadap makanan.

Setelah membuat pesanan. Diandra leka melihat ke luar tingkap sampailah kek berserta roti yang di pesannya tadi sampai. Blueberry cheese cake 2 potong bersama roti bong dan apple juice. Sangat membuka selera walaupun tadi dia dah sarapan kat rumah.

“Diandra sebenarnya nak ke kedai mana tadi”. Rupanya Erine masih di situ untuk menemani pelanggan barunya itu.

“oh, saya nak ke kedai yang warna coklat, yang nampak semacam ada aura misteri tu and by the way just call me Andra. Lebih mesra kan”. Sambil mengunyah dia sempat bercerita.

“Did you mean, Antique Hut?”. Pantas Erine bertanya.

“ ye la kot. Tak perasan pulak nama apa tadi. Tadi nak jalan macam jauh pulak rasa. Tapi kan, saya rasa setiap blok yang di bina ni macam membentuk sesuatu la. Unik. I loike. Haha”.

“Andra perasan?”. Soal Erine pulak.

“ye la. Mahunya tak perasan. Saya ni kalau berjalan, memang semua saya pandang tau. Tambah – tambah kalau dah berhenti. Memang saya akan scan setiap sudut,kenapa?”.

“ Nothing, tapi jarang la orang bertanya fasal bentuk yang mewakili setiap blok kat sini. Most of tourist yang datang sini sebenarnya nak tengok Tears Fountain dan juga hasil seni and budaya yang di jual kat blok lagi satu. Memang  banyak benda menarik kat situ. Blok sini pulak semuanya jualan berasaskan makanan”. Panjang pulak penerangan Erine padahal Diandra hanya bertanya fasal bentuk yang mewakili setiap blok sahaja.

“ So, setiap blok ni mewakili apa?”. Laju dia bertanya, tak suka unsur-unsur  suspen ni.

“ Titisan air mata, kalau di perhatikan dari udara pasti lebih jelas”. Ringkas Erine menjawab.

“Titisan air mata?  you mean…

“Yes”. Erine terus tersenyum. Suka dia bersembang dengan Diandra. Cepat menangkap apa yang hendak di 
sampaikan.

No comments:

Post a Comment